4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 1965 dan dipimpin oleh saudara Mohs Kassim Shah selama tiga tahun (1965-1969). Konsep 4B sangat bersesuaian dengan agenda pertubuhan yang menumpukan dalam bidang perniagaan dan pertanianpada awal penubuhannya. Persepakatan ahli jawatankauasa pengasas pergerakan serta menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib orang Melayu dalam dua bidang ini. Motto utama 4B ialah ‘ Bergerak’.
Perkataan ‘Gerakan’ diperolehi oleh saudara Mohd Kassim Shah melalui pembacaan beliau. Manakala ‘4B’ terhasil dari konsep ‘4H’ ilham dari saudara Abdullah Malim Baginda. Tujuan penting penubuhan adalah mengajar, melatih serta menggerakkan tenaga belaia di luar Bandar untuk mengusahakan sebarang peluang dalam bidang social dan ekonomi disekeliling mereka.
Tahun 1856 bermulanya kelab ‘4H’ di New York dan ia meluas keseluruh Amerika, Eropah, Amerika latin dan Asia. Konsep ‘4H’ meluas ke Asia Tenggara pada 1957 dalam Far Eastern Youth Conference di Bangkok, Thailand di atas tajaan United State Operational Mission in Thailand, iaitu sebuah badan awam Amerika. Di Malaysia, penerimaan konsep ‘4H’ melalui ‘4B’ setelah 9 tahun berlansungnya persidangan itu.
Motto pergerakan ‘4H’ bertemakan ‘To make the best better’ dengan ikrar:
‘ I pledge my head clearer thinking,
my heart to greater loyalty,
my hand to larger service,
my health to better living,
for my club, my community, and my country’
Manakala ikrar Gerakan 4B sebagaimana berikut; Bahawa kami berikrar akan berfikiran waras, Bersatu taat setia kepada negara, Belajar setiap masa, bekerja untuk penghidupan yang sempurna, Berkhidmat untuk persatuan, masyarakat dan negara.Konsep
‘Bersatu’ meliputi bidang rohani dan jasmani iaitu satu penyatuan tenaga fizikal dan mental ayng berasakan kepada satu cita-cita yang murni dan suci. Penyatuan ini merupakan soal pokok di dalam satu perjuangan melalui tenaga dan fizikal yang bersatu padu inilah segala cita-cita dan perjuangan akan mencapai kejayaan
.‘Berkhidmat’ adalah satu cara utama bagi belia yang berkenaan untuk mencapai perjuangan membina masyarakatnya secara keseluruhan. Semangat universal yang mesti dipupuk di kalangan kaum belia agar segala cita-cita dan perjuangan akan mencapai kejayaan.
‘Bergerak’ merupakan perkataan seruan yang melambangkan semangat berkobar-kobar di kalangan belia-belia untuk memperjuangkan cita-cita juga menjadi symbol yang menunjukkan jiwa 4B yang dinamis, progresif, radikal dan menggugat. Seruan
‘Bergerak’ adalah sebagai tindakan dalam menyalurkan konsep 4B iaitu Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.
‘Belajar’ merupakan asas yang terpenting dalam usaha untuk mencapai sesuatu cita-cita dan pelajaran adalah suatu alat terpenting untuk mendapatkan kesempurnaan. Para belia mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menjalankan sesuatu rancangan. Hanya dengan alat kelengkapan ini barulah matlamat perjuangan belia yang asasi itu dapat dihasilkan.
‘Bekerja’ adalah tindakan bagi melaksanakan sesuatu rancangan yang telah ditaja di mana konseop ini juga adalah satu cara untuk menggunakan hasil bagi mencapai tujuan hidup. Tetapi setiap pekerjaan yang hendak dikerjakan itu haruslah berdasarkan satu konsep untuk kepentingan masyarakat seluruhnya dan bukannya untuk kepentingan individu semata-mata.Melalui konsep yang konkrit ini, tujuan para belia untuk membina negara akan tercapai. Perkataan Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat serta Bergerak yang menjadi cogankata Gerakan Belia 4B ini adalah satu idea yang tinggi. Idealistik ini amat penting dan mesti ditanamkan dalam hati sanubari belia supaya mereka tidak semata-mata memikirkan soal diri sendiri ataupun yang berhampiran dengan diri mereka, tetapi supaya mereka berpandangan meluas dan objektif dalam mengendalikan kehidupan masing-masing.
Bahawa saya berikrar
BERSATU
Untuk mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara
BELAJAR
Untuk memperolehi imu yang berguna
BEKERJA
Untuk penghidupan yang sempurna
BERKHIDMAT
Untuk Gerakan 4B, Agama, Bangsa dan Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan