Ucapan Aluan Dari Ketua GB4B Caw. Seri Pengkalan

Assalamualaikum dan salam perpaduan, BELIA merupakan aset negara yang paling bernilai kerana mereka merupakan pewaris kepimpinan pertiwi. Sesebuah negara itu akan teguh dan kuat sekiranya golongan belianya juga teguh dan kuat. Sejajar dengan itu, golongan muda di cawangan Seri Pengkalan ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Belia 4B agar golongan belia ini dapat dipimpin dan dididik untuk menuju satu puncak hidup yang positif diarena global yang sekarang ini semakin mencabar. Belia seharusnya diberi kepercayaan untuk memimpin kerana ianya dapat mematangkan pemikiran mereka disamping membentuk jati diri dan modal insan yang berguna kepada masyarakat. Saya berasa amat berbangga diatas komitmen yang telah diberi oleh ahli-ahli belia di Cawangan Seri Pengkalan ini dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Seharusnya momentum yang sedia ada ini harus diteruskan lagi bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka seterusnya dapat melahirkan generasi belia yang komited dan sentiasa maju kehadapan dalam apa jua bidang yang diceburi. Begitu juga dengan adanya sokongan dari kepimpinan diperingkat cawangan, JKKK, DUN dan Negeri, agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat dapat menyakinkan lagi golongan belia bahawa suara dan hasrat mereka agar didengar dan diperlukan bagi mencapai hal tuju negara mencapai Wawasan 2020. Sekian.

 Program Ziarah Tahun Baru Cina Anjuran Pemuda, Puteri & 4B Seri Pengkalan










Program Demo Masakan - KEMAS DUN Rembia


Program ini telah diadakan pada hari khamis 22/12/2011 bertempat di Tadika KEMAS Taman Seri Sutera, Alor Gajah. Program ini dikendalikan oleh Pn. Norhana Bt Mphd Kali@Harun selaku Penyelia KEMAS Dun Rembia. Menurut Pn. Norhana program seperti ini diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan masyarakat dengan pihak KEMAS selain dari itu dapat menambahkan ilmu masakan dan boleh menambahkan pendapatan surirumah. Kali ini resipi membuat Capati menjadi pilihan. Tenaga pengajar yang didatangkan khas untuk menjadi guru masak capati ini ialah Pn. Fatimah Bt Pononden. Sseramai 20 orang surirumah yang hadir untuk belajar memasak capati. Program ini bermula dari jam 10.30 pagi dah berakhir pada 12.30 tengahari. Setiap peserta diberi tunjuk ajar bagaimana membancuh, mengadun dan menguli tepung untuk dijadikan sekeping capati yang sedap. Selain dari itu salinan resipi capati telah diedarkan kepada setiap peserta.

SENAM TARI ANJURAN GERAK WANIS GB4B(M)S.P DIADAKAN PADA SETIAP HARI ISNIN & KHAMIS JAM 8.30MLM. BAYARAN RM3.00/PER SESI. MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI PN. EMA DI TALIAN 012-978 4807

PENGHARGAAN JUTAAN TERIMA KASIH..DI ATAS KHIDMAT DAN BAKTI, SEPANJANG MENERAJUI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI DATUK SERI HJ.MOHD.ALI MOHD RUSTAM MANTAN PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA MERANGKAP KETUA MENTERI MELAKA & PRESIDEN WORLD ASSEMBLY OF YOUTH(W.A.Y.)

Apakah itu 4B?

4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 1965 dan dipimpin oleh saudara Mohs Kassim Shah selama tiga tahun (1965-1969). Konsep 4B sangat bersesuaian dengan agenda pertubuhan yang menumpukan dalam bidang perniagaan dan pertanianpada awal penubuhannya. Persepakatan ahli jawatankauasa pengasas pergerakan serta menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib orang Melayu dalam dua bidang ini. Motto utama 4B ialah ‘ Bergerak’.

Perkataan ‘Gerakan’ diperolehi oleh saudara Mohd Kassim Shah melalui pembacaan beliau. Manakala ‘4B’ terhasil dari konsep ‘4H’ ilham dari saudara Abdullah Malim Baginda. Tujuan penting penubuhan adalah mengajar, melatih serta menggerakkan tenaga belaia di luar Bandar untuk mengusahakan sebarang peluang dalam bidang social dan ekonomi disekeliling mereka.

Tahun 1856 bermulanya kelab ‘4H’ di New York dan ia meluas keseluruh Amerika, Eropah, Amerika latin dan Asia. Konsep ‘4H’ meluas ke Asia Tenggara pada 1957 dalam Far Eastern Youth Conference di Bangkok, Thailand di atas tajaan United State Operational Mission in Thailand, iaitu sebuah badan awam Amerika. Di Malaysia, penerimaan konsep ‘4H’ melalui ‘4B’ setelah 9 tahun berlansungnya persidangan itu.

Motto pergerakan ‘4H’ bertemakan ‘To make the best better’ dengan ikrar:

‘ I pledge my head clearer thinking,
my heart to greater loyalty,
my hand to larger service,
my health to better living,
for my club, my community, and my country’


Manakala ikrar Gerakan 4B sebagaimana berikut; Bahawa kami berikrar akan berfikiran waras, Bersatu taat setia kepada negara, Belajar setiap masa, bekerja untuk penghidupan yang sempurna, Berkhidmat untuk persatuan, masyarakat dan negara.Konsep ‘Bersatu’ meliputi bidang rohani dan jasmani iaitu satu penyatuan tenaga fizikal dan mental ayng berasakan kepada satu cita-cita yang murni dan suci. Penyatuan ini merupakan soal pokok di dalam satu perjuangan melalui tenaga dan fizikal yang bersatu padu inilah segala cita-cita dan perjuangan akan mencapai kejayaan.‘Berkhidmat’ adalah satu cara utama bagi belia yang berkenaan untuk mencapai perjuangan membina masyarakatnya secara keseluruhan. Semangat universal yang mesti dipupuk di kalangan kaum belia agar segala cita-cita dan perjuangan akan mencapai kejayaan.‘Bergerak’ merupakan perkataan seruan yang melambangkan semangat berkobar-kobar di kalangan belia-belia untuk memperjuangkan cita-cita juga menjadi symbol yang menunjukkan jiwa 4B yang dinamis, progresif, radikal dan menggugat. Seruan ‘Bergerak’ adalah sebagai tindakan dalam menyalurkan konsep 4B iaitu Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.‘Belajar’ merupakan asas yang terpenting dalam usaha untuk mencapai sesuatu cita-cita dan pelajaran adalah suatu alat terpenting untuk mendapatkan kesempurnaan. Para belia mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menjalankan sesuatu rancangan. Hanya dengan alat kelengkapan ini barulah matlamat perjuangan belia yang asasi itu dapat dihasilkan.‘Bekerja’ adalah tindakan bagi melaksanakan sesuatu rancangan yang telah ditaja di mana konseop ini juga adalah satu cara untuk menggunakan hasil bagi mencapai tujuan hidup. Tetapi setiap pekerjaan yang hendak dikerjakan itu haruslah berdasarkan satu konsep untuk kepentingan masyarakat seluruhnya dan bukannya untuk kepentingan individu semata-mata.Melalui konsep yang konkrit ini, tujuan para belia untuk membina negara akan tercapai. Perkataan Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat serta Bergerak yang menjadi cogankata Gerakan Belia 4B ini adalah satu idea yang tinggi. Idealistik ini amat penting dan mesti ditanamkan dalam hati sanubari belia supaya mereka tidak semata-mata memikirkan soal diri sendiri ataupun yang berhampiran dengan diri mereka, tetapi supaya mereka berpandangan meluas dan objektif dalam mengendalikan kehidupan masing-masing.





Bahawa saya berikrar

BERSATU

Untuk mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara

BELAJAR

Untuk memperolehi imu yang berguna

BEKERJA

Untuk penghidupan yang sempurna

BERKHIDMAT

Untuk Gerakan 4B, Agama, Bangsa dan Negara




SEJARAH PENUBUHAN 4B

Cetusan idea dan ilham saudara Mohd. Kassim Shah, seorang guru di Sekolah Lelaki Methodist, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, selaku Pengerusi Ikatan Seni Budi yang bergabung dengan Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD) Kuala Lumpur. Pada 1964 PTBD merangkumi sebanyak 21 buah persatuan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saudara Mohd Kassim Shah merupakan pemimpin yang berminat dalam hal ehwal kemasyarakatan, kebajikan dan politik tanahair, di mana beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak, Kuala Lumpur. PTBD diwujudkan oleh kerajaan di setiap daerah seluruh negara di mana strukturnya tertumpu dalam satu-satu daerah dengan tujuan kesemua persatuan belia menyertai PTBD di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat sumbangan dan bantuan dari JKM untuk aktivitinya. Ketika itu, pertubuhan belia Malaysia Association of Youth Council (MAYC) berperanan peringkat kebangsaan dan PTBD pula berperanan pada peringkat daerah sahaja. Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan beribu pejabat di no. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika itu Allahyarham Dato’ Engku Mohsin Abdul Kadir merupakan Menteri Muda KBS. Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara. Setelah tampuk pimpinan MAYC diambilalih oleh YM Tengku Abdullah iaitu adik kepada Yang diPertuan Agong Pertama, tidak ada badan belia kebangsaan, hanya MAYC bergerak bersama gabungan belia-belia telah mendapat berbagai-bagai faedah daripada kerajaan sebagai bukan parti siasah.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan kewujudan MAYC adalah sebagai badan gabungan seluruh belia yang ada di seluruh negara, seperti penjelasan dari Encik Abdullah Malim Baginda bekas Penolong Pengarah Belia di KBS, kurang mendapat sambutan dari belia-belia. Lagipun, MAYC tidak mampu menarik belia-belia untuk menyertainya. Pada Ogos 1964, KBS telah diwujudkan dan pada November 1965, KBS telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Chengmai, Bangkok, Thailand bertujuan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin belia negara ini meluaskan pengetahuan dari luar negara. Seramai 29 perwakilan dari persatuan belia dari seluruh negara termasuk juga dari PTBD Kuala Lumpur yang diwakili oleh saudara Mohd Kassim Shah, saudara Ghazali Salleh dan saudara Bala Velusamy Program 11 hari tersebut, perwakilan dibawa melawat dan meninjau kegiatan-kegiatan pemimpin 4H Thailand di mana dari situ timbul satu kesedaran supaya pemimpin Malaysia memulakan satu aktiviti yang sama di tanah air sendiri. Cadangan ini dimaklumkan pada KBS untuk mencontohi usaha pemimpin di Thailand agar pemimpim belia di luar bandar dapat melaksanakannya. Pada 26 Disember 1965, satu pertemuan diadakan dengan YB Engku Mhsein Abdul Kadir, Menteri Muda KBS di ibu pejabatnya, diketuai oleh Saudara Mohd. Kassim Shah, Allahyarham saudara Baharuddin Hussein, saudara Ali bin Abdul Rahman, saudara Mohd Zain bin Rashid, saudara Mohd Nor bin Haji Yusof, saudara Bala Velusamy dan turut hadir encik Abdullah Malim Baginda, pegawai KBS. Di pertemuan tersebut, YB Menteri Muda bersetuju agar belia-belia terutamanya di luar bandar menjayakan aktiviti dalam bidang pertanian, ternakan dan sebagainya bagi mengelakkan belia-belia berhijrah ke Bandar dan tidak menumpukan kegiatan kebudayaan semata-mata sahaja. Sokongan penuh dan dorongan YB Menteri Muda KBS di mana satu perubahan perlu ditekankan terhadap belia di negara ini supaya dapat ditonjolkan bagi menceburi aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil dan faedah untuk masa hadapan mereka. Terutamanya, bidang pertanian ,perternakan,perniagaan dan lain-lain di mana penglibatan belia dapat membantu kerajaan dalam pembangunan luar bandar. Belia-belia yang menganggotai PTBD diberi tugas dan tanggungjawab untuk memainkan peranan bagi menukar mentality dan cara hidup para belia supaya menjadi lebih kreatif dan berani menghadapi cabaran pada masa akan datang. (kredit kepada: www.4bmalaysia.com).

Matlamat Penubuhan

MENYATU menyusun dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil,

MELATIH ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4b, agama, bangsa dan negara,

MENEGAKKAN dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan,

MEMAJU dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur,

MENAJA dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan,

MENGGALAKKAN ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang lebih sempurna yang berasaskan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisplin,

BERUSAHA untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan bahasa melayu dan kebudayaan kebangsaan dan berteraskan kebudayaan melayu,

BEKERJASAMA dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4b,

MEMAJUKAN sokongan kepada kerajaan dan badan-badan lain yang sesuai,

BERUSAHA mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama islam, agama rasmi Negara.