



































Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Futsal adalah sejenis permainan bola sepak (indoor football) yang makin digemari dan popular pada masa ini. Perkataan ‘Futsal’ berasal dari “Fut” - perkataan Sepanyol atau Perancis - Futbol atau Futebol bermaksud bolasepak manakala “sal” bermaksud tertutup. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. 

Pada 2 Mei 2010 satu Kejohanan Bowling Tertutup telah diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Sebanyak 9 pasukan terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan bagi setiap pasukan, iaitu seramai 36 orang peserta telah menyertai kejohanan ini. Turut hadir JKKK Jelatang dan Kg. Seri Pengakalan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Menurut Ketua GB4B (M) Caw. Seri Pengkalan, kejohanan bowling ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara peserta belia. Melalui kejohanan ini juga para peserta dapat mengenali dan beramah mesra antara satu sama lain selain itu juga dapat menanam semangat kesukanan dikalangan belia tersebut. Menurut En. Hj. Abu Bakar Bin Dewa selaku JKKK Jelatang dan Kg. Seri Pengkalan program bermanfaat seperti ini perlu diteruskan lagi di masa hadapan di samping berharap para belia di peringkat cawangan lebih aktif dengan pelbagai program yang berfaedah demi mengisi masa lapang, selain ianya mampu mengelakkan para belia daripada terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Beliau juga menyeru para belia menyahut seruan kerajaan serta Kementerian Belia & Sukan di dalam kempen 1 BELIA 1 MALAYSIA. PENGHARGAAN JUTAAN TERIMA KASIH..DI ATAS KHIDMAT DAN BAKTI, SEPANJANG MENERAJUI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI DATUK SERI HJ.MOHD.ALI MOHD RUSTAM MANTAN PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA MERANGKAP KETUA MENTERI MELAKA & PRESIDEN WORLD ASSEMBLY OF YOUTH(W.A.Y.)
MENYATU menyusun dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil,
MELATIH ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4b, agama, bangsa dan negara,
MENEGAKKAN dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan,
MEMAJU dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur,
MENAJA dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan,
MENGGALAKKAN ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang lebih sempurna yang berasaskan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisplin,
BERUSAHA untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan bahasa melayu dan kebudayaan kebangsaan dan berteraskan kebudayaan melayu,
BEKERJASAMA dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4b,
MEMAJUKAN sokongan kepada kerajaan dan badan-badan lain yang sesuai,
BERUSAHA mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama islam, agama rasmi Negara.